fbpx
Shazeli menunjukan bunga ganja yang dirampas di KLIA. Foto oleh AFIQ RAZALI

Keldai dadah Eropah dicekup bawa bunga ganja RM13.85 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Taktik sindiket antarabangsa mempergunakan keldai dadah untuk menyeludup bunga ganja ke Eropah terus terbongkar apabila enam suspek diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

Kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia 17 hingga 31 tahun ditahan bersama dadah seberat 172.8 kilogram (kg) bernilai RM13.85 bermula 16 hingga 10 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kesemua suspek memperoleh upah antara 3,000 hingga 5,000 Euro (RM13,000 hingga RM23,000) setiap seorang bagi membawa dadah ke Eropah.

Katanya, mereka memasuki negara ini sejak hujung April lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit.

“Kesemua suspek dipercayai mahu membawa keluar 254 bungkusan bunga ganja ke Eropah.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati mereka bergerak di bawah tiga sindiket berbeza,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Menurut beliau, kejayaan itu diperoleh hasil imbasan terhadap sembilan bagasi dibawa semua suspek di terminal KLIA.

Tambahnya, lima suspek merupakan warga Eropah manakala seorang lagi dari negara jiran.

“Seorang daripada suspek didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

“Kesemua suspek kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Shazeli berkata, unit peronda Balai Polis Ampang menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai berperanan sebagai transporter dadah di hadapan sebuah premis kediaman di Ampang Jaya pada 1 Mei lalu.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Ford Kuga digunakan suspek menemukan 79 bungkusan plastik disyaki syabu seberat 79kg bernilai RM3.95 juta.

“Suspek dipercayai gagal melaksanakan penghantaran dadah tersebut dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut kesalahan sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN