fbpx

Remaja lelaki mati lemas di kolam Kuala Nerus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengangkat mayat Muhammad Akif Danish yang mati lemas selepas mandi di dalam sebuah kolam berhampiran Pusat Pentadbiran Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Keriangan enam remaja bermandi-manda di dalam sebuah kolam berhampiran Pusat Pentadbiran Bandar Kuala Nerus di sini bertukar tragedi apabila salah seorangnya mati akibat lemas hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Akif Danish Abdul Aziz, 13, ditemui pada pukul 6.50 petang kira-kira hampir sejam tenggelam di dalam kolam terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden lemas itu pada pukul 5.59 petang.

“Kami dimaklumkan mangsa (Muhammad Akif Danish) dari Kampung Baroh Padang Nenas, Batu Rakit di sini telah lemas sewaktu asyik mandi-manda di dalam kolam itu.

“Lima rakannya yang turut mandi bersamanya berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azmi berkata, mayat Muhammad Akif Danish ditemui kira-kira dua meter dari lokasi dia dilaporkan tenggelam.

Beliau berkata, mayat remaja lelaki itu telah diserahkan kepada polis sebaik kematiannya disahkan pengawai perubatan bertugas.

Mayat Muhammad Akif Danish telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI