fbpx

Mahkamah: Pihak pendakwaan diarah serah salinan percakapan saksi utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyerahkan salinan rakaman percakapan saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali yang dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020 lalu kepada mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid, membuat keputusan itu selepas bersetuju bahawa pihak pembelaan berjaya membuktikan terdapat perbezaan dalam keterangan lisan daripada saksi itu yang turut diakui oleh pasukan pendakwaan.

Bagaimanapun pada prosiding hari ini, mahkamah belum memutuskan sama ada untuk membenarkan salinan percakapan saksi itu diberikan kepada pihak pembelaan dan arahan itu adalah bagi penelitian sebelum satu keputusan tindakan seterusnya.

Jumaat lalu, pihak pembelaan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pernyataan saksi utama dalam kes Syed Saddiq yang direkodkan oleh SPRM pada 2020 semasa siasatannya.

Berdasarkan hujah peguam bela, Gobind Singh Deo, pernyataan Rafiq Hakim itu akan dijadikan asas bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding mencabar kredibiliti beliau pada perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Syed Saddiq.

Permohonan bagi mencabar kredibiliti Rafiq yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dikemukakan ekoran keterangan lisannya di mahkamah bercanggah dengan pernyataan yang direkodkan SPRM semasa siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI