fbpx
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sungai di Rompin, petang semalam

Remaja murung ditemukan mati dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang remaja lelaki yang mengalami masalah kemurungan dilaporkan keluar dari rumah sebelum ini oleh keluarganya ditemukan meninggal dunia dalam sungai di Rompin, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, mayat mangsa yang tersangkut di kayu dalam Sungai Muar disedari penduduk berhampiran Masjid Kariah Rompin kira-kira pukul 5.40 petang dan pihak polis segera dimaklumkan.

Menurutnya, khidmat pasukan bomba telah digunakan untuk membantu mengambil mayat tersebut menggunakan bot awam.

“Mayat berjaya di bawa naik kira-kira pukul 7 malam dan pengecaman mayat telah disahkan oleh bapa si mati melalui pengecaman baju si mati berlogo dan bertulis nama sekolah. Mangsa adalah individu yang dilaporkan hilang (pagi Isnin) sebelum ini.

“Hasil siasatan di tempat kejadiaan dan pada tubuh badan si mati tiada kesan-kesan pergelutan atau kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar Norhisham lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN