fbpx
KEADAAN motosikal mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di i Kilometer 147.1, LPT 1 di Maran, hari ini.

Penunggang motosikal ke RXZ Members maut, rempuh Mitsubishi Triton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke Perhimpunan RXZ Members 8.0 di Terengganu, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah trak pikap yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 147.1, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1).

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Fikri Jamallunasi, 34, dalam perjalanan dari Temerloh ke Terengganu bagi menghadiri program itu.

“Motosikal ditunggangi mangsa telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang berhenti di lorong kecemasan bagi membantu ahli konvoi yang mengalami kerosakan motosikal.

“Akibat kejadian, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu trak pikap tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis memohon bantuan orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN