fbpx

Polis buru lelaki samun, cabul penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang pembantu tadbir berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul seorang lelaki di sebuah kuarters penjawat awam di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, wanita berusia 36 tahun yang juga Pembantu Tadbir di Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan insiden itu ketika berjalan menuju ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa mendakwa diekori seorang lelaki dari tempat letak kereta sehingga ke koridor aras sembilan berdekatan rumah mangsa.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menolak badan mangsa ke arah dinding dan merampas beg tangan serta dompet mangsa sebelum melarikan diri melalui laluan tangga.

“Mangsa kemudian mengejar suspek sehingga aras dua sebelum suspek sekali lagi mendekati mangsa dan merampas telefon bimbit jenis iPhone 8 selain meraba bahagian dada dan kemaluan pengadu.

“Sejurus selepas itu, suspek sempat menumbuk mangsa di bahagian pipi kanan dan menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri selepas jeritan didengari penghuni kuarters berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa turut mendakwa wang tunainya berjumlah RM300 dilarikan suspek.

A. Asmadi berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek malah, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, suspek berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan berisi selain berketinggian kurang lima kaki serta berbaju t-shit warna putih dan berseluar trek hitam.

“Kes disiasat mengikut Sek. 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan usaha memburu suspek sedang dilakukan melalui kaedah foto fit,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI