fbpx
Gambar perkongsian detik beratur panjang demi menghadiri temu duga sebuah kilang serta panggilan dibuat oleh pihak HR.

Berbaloi beratur 2km, rezeki pakai ‘kabel’ ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penantian seorang lelaki selepas beratur hampir lapan jam menghadiri sesi temu duga sebuah kilang mikroelektronik di Batu Berendam, Melaka baru-baru ini akhirnya berbaloi.

Dia akhirnya menerima panggilan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja di kilang berkenaan.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna @seketul_ayoi atau dikenali sebagai Khairul, berkongsi khabar gembira selepas dimaklumkan oleh pihak sumber manusia (HR) syarikat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Melaka bagi permohonan jawatan operator kilang.

“Alhamdulilah, usaha beratur lapan jam. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Semoga kamu semua dimurahkan rezeki,” katanya dalam hantaran itu.

Antara yang bertuah daripada ribuan calon, semangatnya untuk mendapatkan pekerjaan itu jelas apabila dia hadir ke klinik berkenaan sebelum waktu operasi bermula pada tarikh yang ditetapkan.

Dalam hantaran lain, Khairul turut menjawab dakwaan segelintir individu yang mendakwa dia menggunakan ‘kabel’ untuk memperoleh peluang tersebut.

“Ada yang mesej tanya saya jika pakai kabel. Jawapan saya, ya saya pakai ‘kabel’ doa seorang emak. Doakan mak saya diberikan kesihatan yang baik dan juga dilimpahi rezekinya,” katanya.

Perkongsian tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan serta dibanjiri reaksi positif dari pengguna media sosial.

“Alhamdulillah, usaha tidak mengkhianati hasil,” komen Faiz.

“Orang kata susah nak masuk syarikat itu. Tahap susahnya sama dengan kerja kerajaan,” komen Mas Ros.

“Siapa kata orang tempatan pemalas, nak kerja pun sanggup beratur berjam-jam,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ribuan pencari kerja sanggup beratur panjang bagi menghadiri sesi temu duga sebuah kilang mikroelektronik di Batu Berendam pada 14 Jun lalu.

Ada yang tiba seawal pukul 5 pagi, malah barisan calon dianggarkan mencecah hampir dua kilometer dengan sebahagian daripada mereka terpaksa duduk di tepi jalan kerana tidak tahan berdiri terlalu lama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN