fbpx

Ada maklumat salur polis jangan sebar berita palsu kes Zalina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zalina

SHAH ALAM – Polis belum menerima sebarang laporan polis berhubung sebarang penemuan bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman,57, seperti yang ditular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya meminta orang ramai menyalurkan maklumat terus kepada polis bagi memudahkan penemuan mangsa.

Katanya, pihaknya mengakui menerima maklumat selepas hebahan umum dilakukan namun sehingga kini belum menunjukkan tanda positif.

“Kita ada menemui dua atau tiga individu yang dikatakan miripnya termasuk gelandangan namun keputusannya negatif kerana bukan penama (Zalina) yang kita cari.

Berita berkaitan: Jiran tak pernah nampak kelibat Zalina Azman 

Berita berkaitan: Awak di mana Zally?

“Kalau ada maklumat salur terus kepada pihak polis. Jangan buat penyebaran berita palsu yang akan membuatkan orang berasa keliru dan perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial menyatakan penemuan wanita mirip Zalina di beberapa lokasi sekitar termasuk di daerah ini dengan menyatakan wanita itu membawa dua buah beg termasuk beg pakaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI