fbpx

Awak di mana Zally – Ras Adiba Radzi rayu maklumat cari Zalina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Awak di mana Zally?”

Itu antara perkongsian bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi di Instagram susulan kehilangan rakan seperjuangannya di TV3, Zalina Azman yang tular sejak semalam.

Makluman mengenai hebahan orang hilang itu lebih dahulu dikongsi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi Facebook rasmi yang mencari seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman, 58.

Antara disebutkan dalam laporan berkenaan  ialah mencari individu berumur 58 tahun, selain mempunyai ciri fizikal berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus.

Aktivis kemasyarakatan yang juga Senator Dewan Negara itu berharap Zalina dapat pulang semula ke rumahnya.

Bersama tanda pagar #zalinaazmantv3, menerusi perkongsian lain Ras Adiba turut meminta orang ramai membantu menjejaki sahabatnya itu yang dipercayai hilang sejak November tahun lalu.

Rayuannya turut menarik perhatian ramai termasuk ikon dunia pengacaraan tempatan, Datuk Aznil Nawawi yang turut meninggalkan komen.

Sementara itu, IPD Shah Alam memohon orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Terdahulu Zalina memulakan tugas di stesen televisyen TV3 pada 1990, sebelum melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Kewartawanan selama setahun di London.

Sepanjang kerjayanya, Zalina pernah mewawancara ramai tokoh terkemuka termasuk bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Ibu kepada dua cahayamata itu turut cenderung dalam bidang penulisan apabila menghasilkan dua buah buku iaitu berkisar pengembaraannya, Mystical Mangla dan luahan kecintaan terhadap koleksi persalinannya, V For Vintage. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI