fbpx

850 peket minyak masak habis dijual tak sampai sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung gembira dapat membeli minyak masak paket yang dijual pada Program Advokasi Gerakan Siswa UMK Bersama Komuniti Luar Bandar, Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok, Tanah Merah hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

TANAH MERAH – Sebanyak 850 peket minyak masak subsidi satu kilogram habis dijual dalam tempoh sejam semasa Program Advokasi Gerakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bersama Komuniti Luar Bandar, Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok di sini hari ini.

Orang ramai mula berkumpul seawal pukul 10 pagi dalam program tersebut untuk membeli minyak masak yang dijual pada harga subsidi iaitu RM2.50 sepeket.

Seorang pembeli, Wati Ahmad, 44 berkata dia sanggup datang dari Kampung Air Merbo yang perjalanannya mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Kampung Jedok untuk menbeli minyak masak.

“Saya bukan orang senang. Ketika ini, bukan mudah untuk membeli minyak masak peket meskipun harganya murah.

“Melalui program ini, saya berkesempatan membeli empat peket minyak pada harga RM10 dan bolehlah disimpan untuk stok selama dua minggu,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Advokasi Gerakan Siswa UMK Bersama Komuniti Luar Bandar, Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok di sini hari ini.

Sementara itu seorang penoreh getah, Wan Noriah Wan Ahmad, 59, berkata, dia bersama suami menaiki motosikal ke kawasan berkenaan untuk membeli lapan peket minyak masak.

“Usaha kami yang mula beratur seawal pukul 9.45 pagi tidak sia-sia apabila dapat juta membeli lapan peket minyak masak.

“Dengan bekalan minyak masak ini, dapatlah saya simpan stok selama sebulan bagi menampung kehidupan kami tujuh beranak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI