fbpx
SENAMAN membina minda stabil dan memberikan kesihatan mental yang baik.

Hidup lebih tenang dengan mental sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DEFINISI kesihatan secara menyeluruh tidak hanya tertumpu kepada fizikal sahaja, malah merangkumi mental. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental.

Selaras kemajuan negara yang kita nikmati sekarang, masalah kesihatan mental dan penyakit mental semakin bertambah dengan peningkatan jumlah kes dari tahun ke tahun.

Didapati berlaku peningkatan ketara dalam kadar penyakit mental dan bunuh diri sejak sedekad lalu, berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah.

Terdapat perbezaan besar antara kesihatan mental dan penyakit mental.

Seseorang individu normal mungkin tidak mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa, tetapi masih lagi berupaya melakukan aktiviti seharian seperti biasa.

Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai penyakit mental, fungsi seharian golongan ini sentiasa terjejas.

Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang.

Minggu ini, Kosmo! ingin berkongsi perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu bagi memastikan kesihatan mental sentiasa berada dalam keadaan baik.

1. Melakukan Senaman

Kesihatan fizikal dan mental sangat berkait rapat. Badan sihat melalui senaman membantu membina minda yang stabil.

Aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gimnasium.

Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja seperti aktiviti di ladang, mendaki tangga, bermain bola, melayan anak-anak dan pelbagai lagi.

2. Makanan seimbang

Perlu diketahui, pemakanan yang sihat dan seimbang mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Individu yang mengalami kekurangan vitamin D dilaporkan mempunyai kadar kemurungan tinggi.

Jadi, anda boleh mendapatkan vitamin D daripada makanan dan minuman seperti susu, jus oren, bijirin sarapan pagi dan salmon.


AKTIVITI bersama komuniti dapat tingkatkan kualiti hidup dan menyihatkan mental.

3. Bantuan pakar

Sekiranya mempunyai penyakit mental, ia bukan berkait dengan kelemahan diri seseorang.

Seperti mana-mana masalah fizikal, penyakit mental juga perlukan bantuan pihak lain untuk menanganinya.

Tidak ada apa yang perlu dimalukan untuk meminta bantuan pakar dalam hal kesihatan mental.

Justeru, segeralah berjumpa doktor sekiranya anda memiliki tanda-tanda penyakit mental.

4. Kawal stres

Setiap daripada kita pasti tidak dapat lari daripada menghadapi stres dalam kehidupan seharian.

Namun, stres perlu dikawal bagi membolehkan kita mendapat kehidupan lebih seimbang.

Sekali-sekala keluarlah daripada kesibukan dunia dan nikmatilah masa yang menyeronokkan. Ini dapat meningkatkan hormon gembira dan menambah baik imuniti badan.


JAGA pemakanan bagi membolehkan kesihatan fizikal dan mental sentiasa baik.

5. Kerja komuniti

Hubungan interaksi sosial berkualiti membantu menyihatkan mental.

Sentiasalah berusaha menambah baik kualiti hidup orang lain melalui aktiviti kesukarelawanan.

Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup.

Kesihatan mental juga dapat ditingkatkan menerusi aktiviti berkumpulan yang mampu menimbulkan rasa kebersamaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN