fbpx

Barat Eropah berdepan gelombang haba kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Termometer jalanan mencatat suhu 47 darjah Celsius semasa gelombang panas di Seville, Sepanyol, pada 13 Jun lalu. - AFP

LONDON – Bahagian barat benua Eropah dijangka berdepan gelombang haba kedua musim panas yang berbahaya menjelang minggu hadapan dengan Britain, Portugal, Sepanyol dan Perancis mengalami suhu mengatasi rekod sepanjang minggu ini, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.

Cuaca panas akan terus memburukkan lagi kebakaran hutan yang berterusan di barat daya Eropah. Amaran haba tahap 3, berkemungkinan tahap tertinggi yang pernah dikeluarkan, telah disediakan untuk 14 negeri di Portugal dan timur Sepanyol hingga akhir minggu ini.

Pejabat Meteorologi Britain mengeluarkan Amaran Haba Ekstrem Jingga yang jarang berlaku pada hujung minggu ini, ekoran kenaikan suhu panas pada akhir minggu bagi sebahagian besar England dan Wales.

“Amaran kesihatan telah dikeluarkan kepada sebahagian besar kawasan dalam negara dengan suhu diramal kekal tinggi secara konsisten sepanjang tempoh minggu ini,” kata Ketua Kejadian Ekstrem dan Perlindungan Kesihatan di Agensi Keselamatan Kesihatan Britain, Dr. Agostinho Sousa.

Rekod suhu tinggi Britain adalah 38.7 darjah Celsius yang dijangka kembali menurun sejurus hujung minggu ini berlalu.

Sebelum cuaca panas melanda Britain, ia terlebih dahulu akan ‘menyerang’ Sepanyol dan Portugal, di mana amaran haba melampau tahap tertinggi dikeluarkan untuk 14 negeri di kedua-dua negara.

Lisbon dan Santarem dijangka berdepan suhu mencecah 45 darjah Celsius bermula semalam.

Gelombang haba turut dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya akhir minggu ini di tanah besar Sepanyol, kata perkhidmatan cuaca kebangsaan Sepanyol.

Perancis juga dilaporkan akan kekal panas sehingga akhir minggu ini dengan mencapai suhu pada pertengahan 30 darjah Celsius.

“Suhu maksimum harian di Sepanyol, Perancis dan Itali melonjak melebihi 40 darjah Celsius dan haba melampau memburukkan lagi keadaan kemarau yang berterusan di lembangan Sungai Po,” kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Eropah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI