fbpx

Tapak rumah Mat Kilau di Kampung Kedondong dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan tapak rumah Mat Kilau di Kampung Kedondong di Jerantut yang telah dibersihkan.

JERANTUT – Selepas sekian lama terbiar dan bersemak akhirnya tapak rumah kelahiran pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau di Kampung Kedondong di sini dibersihkan hari ini.

Ketua Kampung Kedondong, Mohd. Rozi Rozuki berkata, kerja-kerja pembersihan dilakukan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kedondong selepas mendapat kebenaran waris Mat Kilau.

“Usaha membersihkan serta menceriakan kawasan tapak ini bagi memudahkan orang ramai dan pihak tentu yang kerap singgah ke sini sejak akhir-akhir ini selepas penayangan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

“Lagipun tidak wajar dibiarkan semak-samun di sini sedangkan tapak ini sudah diletakkan papan tanda atau kenyataan yang memaparkan kehidupan tokoh ini (Mat Kilau) yang lahir di sini (Kampung Kedondong),”katanya di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan ketika nama Mat Kilau menjadi sebutan susulan tayangan filem arahan Syamsul Yusof bertajuk Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, hakikatnya tapak rumah pahlawan berkenaan terbiar dan dipenuhi semak samun.

Tinjauan Kosmo! mendapati hanya terdapat papan tanda tertulis sejarah pahlawan berkenaan masih teguh, manakala rumah Mat Kilau juga telah tiada disebalik semak samun yang memenuhi tapak rumah itu.

Menurut Rozi, dia tidak tahu keluasan kawasan tapak rumah tokoh itu, tetapi sudah pun mendapat kebenaran daripada seorang waris Mat Kilau, iaitu seorang cicitnya bernama Ismail Mat Kahar.

Jelasnya, pembersihan kawasan tapak telah dalam perancangan JPKK sebelum penerbitan filem epik tersebut, tetapi bermula hari ini selepas persetujuan daripada pihak warisnya selain untuk memudahkan perhatian pihak berwajib sekiranya ada cadangan untuk membina rumah tokoh tersebut.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa JPKK Kedondong, Fazli Daini berkata, kerja pembersihan tapak itu mengambil masa yang agak lama kerana keseluruhan tapak itu dipenuhi semak-samun dan pokok-pokok lain seperti pinang, kelapa dan buah-buahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI