fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Wanrosefiqah_ memaparkan sekeping wang RM50 terselit di belakang telefonnya.

‘Buka casing telefon, terkejut nampak RM50’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang individu berasa gembira dan terkejut selepas tiba-tiba menemui wang kertas RM50 yang terselit di belakang telefonnya setelah sekian lama.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh Wanrosefiqah_, dia memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sekeping wang kertas RM50 berada di dalam sarung (casing) telefonnya ketika sedang melakukan pembentangan (presentation).

“Ya Allah rezeki…tengah presentation terdetik nak buka casing telefon, tiba tiba ada RM50.

“Allah, terima kasih tau. Lepas dah ni nak beli Maserati satu,” selorohnya.

Rata-rata pengguna turut berseloroh dan berkongsi pengalaman yang sama terjumpa wang ringgit di tempat yang tidak disangka.

Menurut Hanbojin_, dia juga mempunyai tabiat menyimpan wang kertas bernilai RM10 atau RM20 di dalam setiap jaket, baju sejuk jenis ‘hoodie’, mahupun di bahagian belakang sarung telefon bimbitnya sehingga terlupa akan keberadaan wang tersebut.

“Nanti masa terdesak hujung-hujung bulan selalunya akan ada rezeki yang tak disangka-sangka,” katanya.

“Pernah sekali terdesak sangat dan saya terpaksa guna RM5 yang dah bertahun-tahun ada kat belakang casing telefon,” ujar F4she0m pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN