Sebenarnya, trip memancing ke Pekan, Pahang ini bukannya jatuh pada musim ikan. Namun atas pengalaman tekong dan kesediaan kami bertukar-tukar teknik pancingan telah berjaya membuahkan hasil pada hujung trip. Saya sudah lama tidak turun ke laut Pekan, jika tidak silap sebelum Covid-19 melanda lagi. Jadi, saya tidak tahu langsung perkembangan terkini pancingan di sana. Trip ini pun saya sebagai ‘bidan terjun’ sahaja menggantikan seorang ahli yang tidak dapat hadir. Perancangan trip ini adalah mencandat sotong mengabang dan jigging tenggiri serta……














