Kongres Pendidikan Bumiputera anjuran UMNO baru-baru ini melabuhkan tirainya dengan pelbagai resolusi besar yang mencetak hala tuju baharu masa depan pendidikan anak bangsa. Ia adalah langkah intervensi strategik yang amat bertepatan dengan masanya, tatkala landskap pendidikan global dan domestik sedang mengalami peralihan dan cabaran yang pantas. Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM), entiti nasional berdaftar yang diiktiraf mewakili kepentingan usahawan pendidikan Bumiputera dari seluruh negara menyambut baik dan memuji inisiatif menghimpunkan pemikir serta pelbagai pemegang taruh ini. Namun begitu, di……














