Jika berbicara tentang ikan kelisa emas (Scleropages formosus) atau Malaysian golden arowana sememangnya sangat sukar dijumpai di lokasi ini. Sudah lama pemancing tidak dapat ikan spesies asli itu di sini. Namun dari semasa ke semasa, pihak Jabatan Perikanan ada melepaskan generasi kelisa yang diternak ke dalam tasik ini sebagai satu usaha melestarikan semula populasinya. Jadi, mana-mana kelisa yang pemancing dapat kebelakangan ini berkemungkinan besar berasal dari ikan-ikan itu. Hakikatnya, bagi pemancing yang berkunjung ke sini, spesies ikan-ikan pemangsa lain menjadi……














