Penduduk kampung memeriahkan Program Jom Igat Ikan Dale Baruh di Kampung Tasek Pauh, Pasir Puteh hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Pesta igat ikan dalam sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak menangkap ikan menggunakan tangan tanpa sebarang peralatan moden menjadi tarikan utama Program Jom Igat Ike Dale Baruh di Kampung Tasek Pauh Selising, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Datuk Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, kaedah tradisional seperti menggunakan serkap dan taut buluh yang semakin dilupakan generasi muda wajar dihidupkan semula agar khazanah budaya desa terus terpelihara.

Menurutnya, program santai tersebut turut dimeriahkan dengan pelepasan sebanyak 700 ekor ikan puyu dewasa ke dalam bendang untuk ditangkap oleh para peserta.

“Selain mengimbau kenangan orang lama turun ke bendang, aktiviti ini juga menjadi platform mendidik masyarakat tentang kepentingan memulihara ekosistem perikanan darat.

“Pada hari ini juga, kita turut melepaskan sebanyak 10,000 ekor benih ikan baung yang dihasilkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Machang ke perairan umum bagi memperkayakan lagi stok ikan sungai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program berkenaan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN