fbpx

Kuasa rakyat tumbangkan Presiden Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan menawan Istana Presiden Sri Lanka di Colombo pada 9 Julai lalu. - AFP

COLOMBO – Presiden Gotabaya Rajapaksa diterbangkan ke sebuah pangkalan udara berhampiran lapangan terbang antarabangsa utama Sri Lanka kelmarin, kata beberapa pegawai sekali gus mencetuskan spekulasi beliau akan melarikan diri dan hidup dalam buangan di luar negara.

Rajapaksa meninggalkan Istana Presiden di Colombo di bawah perlindungan tentera laut Sabtu lepas, sejurus sebelum berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasmi beliau.

Beberapa jam kemudian, Speaker Parlimen mengumumkan bahawa Rajapaksa akan meletak jawatan bermula hari ini untuk membolehkan peralihan ‘kuasa secara aman’ berlaku.

Pemimpin berusia 73 tahun itu berlindung di sebuah pangkalan tentera laut di timur laut Sri Lanka, kata seorang pegawai kanan pertahanan sambil menambah, Rajapaksa kemudian dibawa ke sebuah pangkalan udara bersebelahan lapangan terbang antarabangsa negara itu.

“Beliau dan kumpulan pengiringnya diterbangkan ke Colombo menggunakan dua buah helikopter Bell,” kata pegawai sama.

Belum ada kenyataan rasmi daripada pejabat Presiden mengenai lokasi Rajapaksa, namun beberapa laporan media menyebut beliau akan berlepas ke Dubai lewat semalam.

Bagaimanapun, empat penerbangan komersial telah pun berlepas ke beberapa destinasi di Asia Barat tanpa Rajapaksa,” kata pegawai lapangan terbang.

Pegawai imigresen enggan pergi ke bilik penginapan VIP untuk mengecop pasport Rajapaksa dan beliau juga enggan merendah diri untuk berkunjung ke pejabat awam.

Sumber tentera menyatakan, Rajapaksa yang kekal sebagai ketua turus angkatan bersenjata Sri Lanka, mempunyai pilihan untuk melakukan perjalanan dengan menaiki pesawat tentera.

Terdahulu kelmarin, pejabat Perdana Menteri Ranil Wickre­mesinghe menyatakan bahawa Rajapaksa telah memaklumkan secara rasmi tentang hasratnya untuk meletak jawatan, namun tidak menetapkan tarikh ter­tentu.

Pada hari sama, wang tunai sebanyak 17.85 juta rupee Sri Lanka (RM221,350) yang ditinggalkan oleh Rajapaksa apabila beliau melarikan diri dari kediaman rasminya diberikan kepada sebuah mahkamah setelah dise­rahkan oleh kumpulan penunjuk perasaan.

Beberapa sumber rasmi me­nyatakan, sebuah beg yang penuh dengan dokumen juga ditinggalkan di istana berkenaan.

Dalam pada itu, kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan yang ‘berkampung’ di Istana Presiden dan kediaman Perdana Menteri Sri Lanka berkata, mereka tidak akan beredar selagi Rajapaksa tidak meletak jawatan secara rasmi.

“Tuntutan kami jelas. Rakyat meminta Rajapaksa meletak jawatan sepenuhnya secara bertulis dan muktamad,” kata penunjuk perasaan, Dela Peiris.

Kediaman peribadi Rajapaksa di Colombo dibakar oleh penunjuk perasaan malam Sabtu lalu.

Rajapaksa dituduh menyeleweng ekonomi negara sehingga menyebabkan Sri Lanka kehabisan rizab tukaran asing yang digunakan untuk membayar import utama, menyebabkan 22 juta rakyatnya menderita.

Sri Lanka tidak dapat membayar hutang luar negara berjumlah AS$51 bilion (RM226 bilion) pada April lalu dan masih berunding untuk mendapatkan pelan penyelamatan ekonomi daripada Dana Kewangan Antarabangsa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI