fbpx
Raja Ilya berkongsi pengalaman berpantang selepas melahirkan anak pertamanya, Talita Love.

Badan macam kena pijak, pinggang boleh patah bila-bila masa – Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengalaman berpantang dan menjaga bayi yang baru dilahirkan mencetuskan rasa hormat di hati pelakon Raya Ilya untuk lebih menghargai pengorbanan semua insan yang bergelar ibu bapa.

Menurut Raja Ilya, situasi getir yang dilalui termasuk sakit badan luar biasa dan tidak cukup tidur terutamanya membuatkan dia semakin faham apa yang dilalui golongan ibu bapa lain.

“Sekarang ini pun kami hanya tidur dua ke empat jam sahaja sehari sebab sibuk urus dan jaga Talita Love.

“Salute (tabik) kepada semua ibu dan bapa. Kami rasa apa yang anda rasa.

“Badan dah rasa macam kena pijak. Nak berurut dengan bidan tak boleh sebab pembedahan kan, bahu pula macam nak tercabut, pinggang macam boleh patah bila-bila masa,”.

Demikian luahan pelakon Raja Ilya mengenai keadaan terkini dirinya sepanjang proses berpantang selepas melahikan, Talita Love.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, kesakitan yang dialami pada beberapa bahagian anggota badannya itu yang tidak pernah dirasainya selama ini.

Dia bagaimanapun bersyukur dan rasa dirahmati sebaik sahaja memandang wajah zuriat sendiri tidur dengan tenang.

“Tapi semua itu hilang entah ke mana bila bangun buka mata tengok muka bayi tengah tidur dengan tenang,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.

“Terima kasih baby @talitalovegarrett sebab hadir dalam hidup kami. Kami dirahmati dengan kehadiran kamu,” katanya lagi sambil berkongsi sekeping foto puterinya yang dilahirkan di Hospital King Edward, Perth, Australia untuk tatapan umum.

Terdahulu, Raja Ilya, 37, mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan kelahiran Australia, Garrett pada 23 Disember 2018 dan berhijrah ke Perth mengikut suaminya. Selepas hampir empat tahun, ,mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang selamat dilahirkan pada 1 Julai lalu.

Raja Ilya juga sudah dua tahun tidak dapat pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19 dan bercadang balik ke tanah air awal tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR