fbpx

Bayi sesak nafas lepas ibu beri madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang bayi dimasukkan ke zon merah selepas keadaan badannya lemah longlai dan tidak bernafas gara-gara ibu berikan air campuran madu.

Menerusi perkongsian oleh pegawai perubahan swasta, Dr. Ahmad Samhan, berikutan itu bayi tersebut dimasukkan tiub pernafasan melalui kerongkong dan disambung dengan mesin bantuan pernafasan.

“Bila ditanya, rupanya ibu tersilap berikan air campuran madu setelah anaknya mengalami batuk beberapa hari. Ini silap.

“Madu memang banyak khasiat dan digunakan dalam rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit. Apatah lagi madu disebutkan dalam al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan penyembuh penyakit, tetapi ia berbahaya untuk bayi,” tegasnya pada hantaran di media sosial.

Posting yang dimuat naik Dr Ahmad Samhan.

Beliau menjelaskan, madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan dipanggil botulism.

“Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah mengandungi bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.

“Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Toksin ini melemahkan otot dan mengganggu sistem pernafasan manakala, gejala biasanya muncul dalam masa 12 hingga 36 jam,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula diberikan kepada bayi berusia kurang dari 12 bulan.

“Orang dewasa tidak terjejas kerana usus orang dewasa telah matang dan asid dihasilkan di usus mampu untuk melawan toksin yang terhasil,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI