fbpx

Majlis Ulama Indonesia isytihar vaksin CanSino haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAKSIN Convidecia keluaran pembekal CanSino Biologics dari China dihasilkan menggunakan anggota tubuh manusia. - SHUTTERSTOCK/Tobias Arhelger

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa haram terhadap vaksin Convidecia Covid-19 yang dikeluarkan oleh pembekal dari China, CanSino Biologics, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Vaksin Convidecia dihasilkan menggunakan anggota tubuh manusia.

“Vaksin Covid-19 keluaran Cansino adalah haram,” jelas fatwa yang dikeluarkan MUI kelmarin.

Pengerusi Suruhanjaya Fatwa MUI, Hasanuddin menjelaskan bahawa vaksin tersebut diharamkan kerana dalam penghasilannya menggunakan bahagian tubuh manusia.

“Dalam proses penghasilannya, ia menggunakan bahagian tubuh manusia (juz’minal insan) iaitu sel-sel yang diperoleh daripada buah pinggang embrio bayi manusia,” katanya.

Selepas fatwa itu dikeluarkan, MUI kemudian mengeluarkan enam syor kepada pemerintah Indonesia.

Pertama, pemerintah perlu mengutamakan penggunaan vaksin halal sebaik mungkin terutama bagi umat Islam dan kedua, pemerintah disarankan untuk mengoptimumkan perolehan vaksin Covid-19 yang disahkan halal. 

Ketiga, pemerintah diminta memastikan vaksin Covid-19 yang akan digunakan mempunyai pensijilan halal, manakala yang keempat, pemerintah mesti menjamin dan memastikan keselamatan vaksin yang digunakan.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI