fbpx

Nayeon tengok rumput, pokok untuk ubati mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAYEON

KEMUNCULAN debut solo menerusi album IM NAYEON dan trek single Pop cukup pantas meledakkan nama penyanyi Nayeon ketika ini.

Namun, dia sedar harus bijak membahagikan masa agar tidak tertekan dengan kepadatan jadual kerja yang dihadapinya kini.

Jelas Nayeon, tahap kesihatan mental dan fizikalnya bergantung pada pengurusan masa.

“Sangat sukar saya nak bahagikan masa untuk kesihatan mental dan fizikal ketika di atas pentas mahupun di luar. Jadual saya sangat sibuk,” katanya.

Dalam temu bual bersama beberapa media Korea Selatan, Nayeon turut berbicara tentang personalitinya sebagai penyanyi dan wanita dewasa.

“Tak ada banyak beza pun antara Nayeon TWICE dan juga Im Nayeon,” katanya.

“Disebabkan saya jumpa ramai orang ketika bekerja di dalam studio, saya keluar cari ketenangan di tempat sunyi.

“Saya gemar memandang persekitaran yang kehijauan seperti rumput dan pokok.

“Alam semula jadi dan udara segar adalah ketenangan buat saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI