fbpx
Gambar yang dikongsikan Muhammad Radhi di Facebook selain berkongsi beberapa ilmu ketika memasuki kawasan hutan.

Ilmu masuk hutan cara Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook, Muhammad Radhi berkongsi pelbagai ilmu serta pantang larang ketika berada di dalam hutan yang dipelajarinya daripada masyarakat Orang Asli sejak kecil.

Menurutnya, walaupun bukan pakar dalam dunia hutan, pengalaman mengikuti bapa keluar masuk hutan sejak zaman sekolah rendah banyak mengajarnya tentang persediaan dan adab ketika berada di kawasan berkenaan.

Katanya, antara dua peralatan paling penting yang wajib dibawa sebelum memasuki hutan ialah parang dan pemetik api.

“Parang digunakan untuk membersihkan laluan, membuat pondok berteduh, memotong kayu api dan menyediakan makanan.

“Lighter (pemetik api) pula penting untuk memasang api bagi memanaskan badan, memasak makanan, menghasilkan asap bagi menghalau nyamuk dan binatang buas selain menurut kepercayaan Orang Asli, makhluk halus tidak sukakan api,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Muhammad Radhi berkata, bapanya juga sering membawa sumpit ketika masuk ke hutan sebagai salah satu kelengkapan penting masyarakat Orang Asli.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa pantang larang yang sering diingatkan ketika berada di dalam hutan.

“Tidak meneruskan perjalanan sekiranya menemui kesan tapak haiwan buas seperti beruang selain tidak menyahut suara misteri atau bunyi pelik yang didengari di dalam hutan walaupun suara tersebut kedengaran seperti dikenali,” jelasnya.

Katanya, individu di dalam hutan juga tidak digalakkan bercakap besar, bermain-main dengan alam sekitar atau menyebut nama haiwan buas secara terus.

“Sebut secara berkias, contoh harimau disebut Pak Belang. Kalau dengar bunyi pelik macam bunyi orang sembang, ketawa dan lain-lain abaikan…jangan layan.

“Kalau dengar Ada orang pangil walaupun suara dikenali tapi rasa pelik, jangan disahut (pernah lalui jugak, waktu senja..kena pangil dua kali selepas itu saya sahut tapi saya tak gerak ke tempat suara pangilan tu, dalam 30 minit ayah sampai, saya tanya ayah, ayah cakap mana ada pangil),” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN