fbpx

Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat 22 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam seluruh negara bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan meningkat sebanyak 22 peratus ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peratusan pesakit kategori 1 dan 2 juga dilaporkan meningkat sebanyak 31 peratus manakala kategori 3,4 serta 5 menaik sebanyak 13 peratus.

“Selain itu, secara keseluruhan jumlah kemasukan pesakit ke hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 10 peratus bagi minggu epidemiologi (ME) ke-26 berbanding ke-25.

“Peratusan pengisian katil fasiliti Covid-19 bagi ME ke-26 juga meningkat sebanyak empat peratus bagi katil bukan kritikal selain kenaikan dua peratus bagi katil di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Dr. Noor Hisham berkata, peratusan pengisian katil di PKRC juga menunjukkan trend sama dengan peningkatan sebanyak satu peratus.

“Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan meningkat sebanyak 0.2 peratus selain bilangan pesakit ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) turut menaik sebanyak 28.5 peratus.

“Selain itu, bilangan kes baharu Covid-19 yang menjalani pemantauan di rumah meningkat 22.9 peratus manakala jumlah kes dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 50 peratus,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI