fbpx
Seorang lelaki duduk di atas kereta sorong di sebelah saluran pembetung yang dipenuhi dengan plastik dan sisa sampah lain di New Delhi pada 30 Jun lalu. – AFP

India haramkan penggunaan plastik sekali guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – India mengharamkan penggunaan plastik sekali guna bermula Jumaat lalu bagi memerangi isu pencemaran yang semakin buruk di negara itu, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Kerajaan India dalam masa sama turut bertindak menolak permintaan syarikat makanan, minuman dan barangan pengguna untuk menangguhkan sekatan itu.

Larangan terhadap barangan plastik sekali guna itu termasuk penyedut minuman, sudu dan garfu, putik kapas, pembungkus, batang plastik untuk belon, gula-gula dan aiskrim, paket rokok dan sebagainya.

Bagaimanapun, kerajaan ketika ini mengecualikan larangan penggunaan beg plastik. Justeru, ia meminta pengilang dan pengimport untuk meningkatkan ketebalan bagi mempromosikan penggunaan semula beg plastik.

Sisa pembuangan plastik telah menjadi sumber pencemaran yang ketara di negara yang mempunyai penduduk dunia kedua teramai itu.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah mendorong permintaan barangan di samping produk plastik sekali guna seperti straw dan sudu serta garfu pakai buang.

India yang menggunakan kira-kira 14 juta tan plastik setiap tahun tidak mempunyai sistem teratur untuk menguruskan sisa plastik sehingga membawa kepada masalah pembuangan sampah yang meluas.

Jalan-jalan di bandar negara itu dipenuhi dengan barangan plastik terpakai sehingga akhirnya menjadikan longkang tersumbat di samping sungai dan lautan serta turut membunuh haiwan. – AGENSI

POPULAR