fbpx

HFMD: Kes meningkat meningkat 19 kali ganda di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Sebanyak 4,555 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di negeri ini sepanjang tempoh daripada 1 Januari sehingga 2 Julai lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 19 kali ganda berbanding hanya 239 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu sebanyak 175 kes atau 3.9 peratus adalah kes dikenalpasti hasil daripada penularan yang berlaku di taska, tadika atau pra sekolah manakala 4,380 atau 96.1 peratus kes adalah berlaku secara sporadik.

“Sehingga 2 Julai lalu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan di 1,661 premis taska, tadika atau pra sekolah dan daripada jumlah itu, sebanyak 36 premis telah diarah tutup di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala empat pusat jagaan harian yang telah membuat penutupan secara sukarela.

“Kes HFMD di negeri ini banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur kosong hingga enam tahun iaitu sebanyak 4,058 kes atau 89.1 peratus, diikuti oleh kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu sebanyak 417 kes (9.1%) dan sebanyak 80 kes (1.8%) berlaku dalam kalangan individu berumur lebih 12 tahun,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, majoriti kes HFMD di Pahang pulih tanpa rawatan dan hanya 109 kes yang dimasukkan ke hospital untuk pemantauan lanjut malah tiada kes yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes kematian direkodkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI