fbpx

Genting Dream pula berlabuh di P. Pinang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Genting Dream. Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT) akan menerima persinggahan kapal persiaran kedua esok selepas kapal Spectrum of the Seas singgah di situ Sabtu lalu susulan pembukaan kembali aktiviti pelayaran domestik dan antarabangsa.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, kapal persiaran Genting Dream yang dimiliki oleh Resort World Cruises akan berlabuh di SPCT seawal pukul 8 pagi.

“Esok, Pulau Pinang akan menyaksikan dua buah kapal persiaran berlabuh di SPCT di mana kapal-kapal tersebut adalah Spectrum of the Seas dan Genting Dream,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabtu lalu, SPCT menerima persinggahan kapal persiaran antarabangsa yang pertama iaitu Spectrum of The Seas milik Royal Carribean Cruises Ltd. (RCCL) setelah dua tahun aktiviti pelayaran antarabangsa dihentikan di Malaysia susulan penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, Genting Dream akan membawa seramai 3,325 penumpang manakala Spectrum of the Seas pula membawa 3,327 penumpang ke Pulau Pinang.

”Kemasukan 6,652 pelancong ini ke Pulau Pinang akan merancakkan lagi industri pelancongan dan usaha memulihkan ekonomi negeri dan negara dapat dilaksanakan dengan lebih cepat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI