fbpx

Cristiano Ronaldo minta dilepaskan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO didakwa memohon kebenaran United untuk meninggalkan pasukan itu kerana mahu beraksi bersama pasukan yang bersaing di Liga Juara-Juara. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan sudah membuat permohonan rasmi untuk meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan kali ini.

Pemain antarabangsa Portugal itu dikatakan sudah hilang sabar dengan pengurusan United yang masih belum membawa masuk pemain baharu bagi mengharu­ngi kempen 2022/23 bermula bulan depan.

Selain itu, keinginan untuk terus beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara turut menjadi faktor buat pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu meninggalkan Old Trafford.

Difahamkan, beberapa pasukan termasuk Chelsea, Bayern Munich dan Napoli berminat untuk mendapatkan khidmat Ro­naldo, namun United dikatakan enggan melepaskan aset paling bernilai itu.

Dalam pada itu, kelab-kelab berminat juga mungkin tidak mampu untuk memenuhi permintaan gajinya memandangkan Ronaldo menerima bayaran £500,000 (RM2.66 juta) seminggu bersama United.

Pengurus United, Erik Ten Hag sudah beberapa kali menegaskan, pemain berusia 37 tahun itu berada dalam perancangan musim depan dan akan memainkan peranan penting bersama The Red Devils.

Bagaimanapun, spekulasi Ro­naldo mahu meninggalkan Uni­ted mungkin benar memandangkan ejennya, Jorge Mendes sudah mengadakan pertemuan dengan pemilik Chelsea, Todd Boehly sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI