fbpx

Tok Mun, bekas calon pilihan raya tertua meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Tok Mun diziarah ahli keluarganya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bekas calon tertua bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 (PRU-12 dan PRU-13), Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya Kampung Sungai Atas Tol di sini hari ini.

Beliau yang dua kali bertanding sebagai calon bebas bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu bagi kedua-dua PRU terbabit meninggal dunia pada usia 103 tahun pada pukul 3.30 petang.

Salah seorang cucunya, Tuan Norazlina Tuan Lah, 51, berkata, kesihatan arwah neneknya itu merosot sejak empat bulan lalu selepas disahkan menghidap sakit buah pinggang.

Tok Mun

“Kami sekeluarga baru menyambut ulang tahun kelahiran nenek yang ke-103 pada 24 Jun lalu, waktu itu keadaan kesihatannya semakin merosot.

“Doktor memaklumkan dia mengalami kebocoran pada bahagian buah pinggang, kerosakan pada organ hati selain terdapat tanda-tanda kanser,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di sini hari ini.

Tuan Norazlina memberitahu, berita kematian Tok Mun diterimanya menerusi panggilan telefon daripada salah seorang ahli keluarga yang menjaga arwah neneknya.

Sia memberitahu, jenazah arwah neneknya dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol di sini pada pukul 10 pagi esok.

Pada PRU-12 dan PRU-13 yang berlangsung pada tahun 2008 dan 2013, Maimun gagal merebut Parlimen Kuala Terengganu dengan hilang wang pertaruhan bagi kedua-dua PRU tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI