fbpx

Pembangunan Sungai Perak bakal dimasukkan dalam RMK – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Kenduri Rakyat pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Pasir Salak hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

PASIR SALAK – Satu perbincangan lanjut bagi membangunkan Sungai Perak di parlimen ini akan diadakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut beliau, perbincangan tersebut bertujuan untuk memasukkan pembangunan Sungai Perak di Pasir Salak ke dalam pelan kedua Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Teman ini orang Pulau Tiga Kiri, mestilah nak tengok pembangunan di Kampung Gajah, di Pasir Salak. InsyaAllah saya akan bincang dengan Datuk Seri Tajuddin secara lebih lanjut.

“Kita akan bincang dan kita akan masukan dalam RMK kepala tajuk dia untuk kita bangunkan Sungai Perak. InsyaAllah,” katanya ketika berucap selepas Kenduri Rakyat sempena Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak, di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihaknya tidak pernah melupakan sokongan daripada masyarakat Pasir Salak kepada kerajaan dan budi yang baik tetap akan dibalas oleh kerajaan.

Terdahulu, Tajuddin dalam ucapannya pada majlis sama meluahkan rasa sedih sebagai wakil rakyat di Pasir Salak, tidak ada pembangunan berlaku di Kampung Gajah.

Katanya, beliau tidak mempunyai kuasa memandangkan dirinya hanyalah wakil rakyat dan bukanlah menteri serta hanya mampu melaksanakan projek baik pulih rumah serta masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI