fbpx
FAM perlu berbelanja secara seimbang terutama aspek pembangunan yang dianggap kecil oleh AFC.

AFC pantau pengurusan dana FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CORAK perbelanjaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi perkara utama yang akan dipantau oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi memastikan setiap sen daripada dana disalurkan dapat digunakan sebaik mungkin.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John selepas badan induk bola sepak Asia itu mendapati FAM hanya menggunakan 30 peratus dana yang diberikan kepada pembangunan dan ia dianggap kecil.

“Kita akan lihat semua, kita nak pastikan wang yang masuk diagihkan dengan peratus yang seimbang kepada gaji, infrastruktur, pembangunan bola sepak dan sebagainya. Mesti ada keseimbangan.

“Asasnya macam mana kita nak menguruskan dana itu, di mana keutamaan kita. Sama macam korporat juga, tetapi saya fikir mereka (FAM) akan buat perubahan,” katanya.

Pada pembentangan audit sebelum ini, Timbalan Setiausaha AFC, Vahid Kardany mendapati FAM hanya menggunakan 30 peratus daripada dana yang diperoleh untuk pembangunan, manakala bakinya digunakan untuk pasukan kebangsaan dan pengurusan pentadbiran seperti membayar gaji kakitangan.

Untuk rekod, AFC memberikan AS$500,000 (RM2.2 juta) setiap tahun kepada semua persatuan di bawahnya menerus program AFC Enhance Member Association.

Selain itu, Windsor juga menjelaskan fokus lain ketika ini adalah memberikan lebih kuasa kepada setiap ketua jabatan di bawah FAM untuk melaksanakan tugas dengan lebih profesional.

“Sekarang ini kita nak alihkan tugasan harian daripada pengerusi jawatankuasa kepada staf. Macam pengarah dan sebagainya, merekalah yang akan buat tugas, bukan pengerusi.

“Itu yang masalahnya, pengerusi lebih berkuasa daripada pengarah, (seperti) pengarah atas nama saja. Kamu ambil orang professional, kamu kena bagi dia buat kerjalah, kalau tidak elok, tukar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN