fbpx

Wanita tidak menangis bahkan ketawa selepas diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita ketawa selepas diragut. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang wanita warga emas ketawa selepas beg tangannya diragut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @f3c43.

Menerusi video berkenaan, wanita itu menceritakan alasan dia ketawa selepas diragut. 

Setelah ditanya mengenai barang berharga yang berada di dalam begnya, wanita itu memberitahu bahawa hanya terdapat seluar dalam dan nasi bungkus.

Dia tidak berhenti ketawa kerana memikirkan kejadian ragut itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini kali pertama mangsa ragut bahagia,” kata seorang netizen.

“Jadi pening nak sedih atau ketawa,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI