fbpx
Tangkap layar memaparkan perkongsian Dr. Kash Mustafa pada akaun TikTok

Suami beri tempoh 2 bulan, nekad bercerai kalau isteri tak sembuh vaginismus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang suami beri tempoh dua bulan kepada isterinya untuk sembuh daripada vaginismus dan jika tidak, dia nekad untuk melepaskan wanita tersebut.

Itu yang diceritakan oleh Dr. Kash Mustafa menerusi perkongsian pada akaun TikTok berhubung seorang pesakitnya yang sanggup memandu seorang diri dari Melaka ke Kelantan untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, pesakit itu datang untuk rawatan tiga hari tanpa kehadiran suami malah, terpaksa memberanikan diri berikutan lelaki itu tidak mengambil tahu keadaan dirinya.

“Suami dah beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh dalam masa dua bulan, dia nekad nak lepaskan saya. Saya harap sangat doktor dapat bantu saya,” ujar Dr. Kash memetik kata-kata wanita itu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati para suami yang diuji bahawa, vaginismus bukan titik noktah sebuah perkahwinan bahkan, ia permulaan perjuangan untuk rumah tangga yang telah dibina.

“Ini adalah bentuk ujian daripada Allah yang menguji kesetiaan seorang suami. Bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri.

“Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalah kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidup,” jelasnya.

Vaginismus merupakan masalah untuk melakukan hubungan kelamin apabila berlaku ketegangan dan kekejangan pada otot bahagian faraj. – KOSMO! ONLINE

POPULAR