fbpx

Estetika kurung polos, minimalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURUNG-KURUNG tanpa corak ini mempunyai tarikan tersendiri.

Busana polos sering kali dianggap pakaian yang paling selamat untuk digayakan berbanding pakaian bercorak memandangkan sifatnya yang versatil.

Busana kosong sesuai dipadankan dengan tudung atau tas tangan bercorak dan masih juga kelihatan cantik.

Ia juga sesuai digayakan dengan tudung atau aksesori tanpa corak.

Seorang anak tempatan yang cukup meminati gaya minimalis dan ringkas dalam penggayaan busana tradisional seperti baju kurung dan kebarung telah melancarkan jenama yang cuma mempertaruhkan gaya sedemikian diberi nama Hitam Manis.

Nurfarahaini Mohd. Noor, 33, berkata, idea mewujudkan jenama itu tercetus oleh kerana minatnya dalam dunia fesyen.

“Tercetusnya idea dan konsep pakaian ringkas diberi nama Hitam Manis ini adalah ketika dunia berada di era pandemik pada 2020, yang mana pada ketika itu, saya dan suami tidak mempunyai pekerjaan.

“Dari situlah tercetusnya idea untuk mewujudkan jenama saya sendiri oleh kerana minat dan cinta terhadap fesyen,” ujarnya.

Dengan tagline Not your ORDINARY kurung! Hitam Manis mula mengorak langkah dengan meneroka pasaran fesyen menerusi pertaruhan sulungnya yang menampilkan tujuh rekaan busana baju kurung.

Ia mempunyai karakter, sentuhan minimalis, clean serta mudah digayakan, selain memberikan keselesaan optimum.

Potongan baju yang ringkas biarpun adakalanya dianggap membosankan masih mempunyai kumpulan peminat tersendiri.

Menurut Nurfarahaini, setiap koleksi yang diketengahkan juga mempunyai kelebihan dan memberikan gaya berbeza kepada si pemakai.

“Koleksi kegemaran peribadi saya adalah Kurung Leia yang merupakan koleksi baju kurung yang dilancarkan pada Aidilfitri lalu dan juga Kurung Anggun yang merupakan koleksi pakaian signatur kami.

“Kurung Leia memberikan impak berlainan berbanding koleksi Hitam Manis yang lain kerana fabrik digunakan lebih glamor dan mempunyai elemen drama pada bahagian lengan.

“Ini merupakan cubaan pertama kami dan ia mendapat sambutan luar jangkaan termasuk menerima permintaan dari Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia” ujarnya.

Bagi koleksi Kurung Anggun pula, Nurfarahaini berkata, ia merupakan koleksi yang mengekalkan identiti asal Hitam Manis iaitu gaya minimalis.

Potongannya yang longgar juga memberikan keselesaan terbaik, selain mampu memberikan efek kurus dan tinggi kepada si pemakai.

“Koleksi Anggun didatangkan dalam lapan rona pilihan dengan rona hitam dijadikan sebagai rona edisi terhad bagi koleksi itu,” ujarnya.

Selain rekaan yang selesa, jenama itu juga menawarkan pilihan saiz daripada XS sehingga XXL, bagi membolehkan lebih ramai wanita untuk menggayakan koleksinya.

Memandangkan cubaan pertamanya mendapat sambutan yang memberangsangkan, Nurfarahaini berkata, dia akan mengekalkan identiti sama bagi koleksi-koleksi seterusnya.

Koleksi Hitam Manis boleh dibeli menerusi Instagram @hitam.manis.selalu pada harga bermula RM149 sepasang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI