fbpx
Mohamad Fadwan ketika dibawa pegawai penjara ke Mahkamah Shah Alam, hari ini. FOTO : SHIDDIEQIIN ZON

Kurung, liwat: Pemungut hutang tukar pengakuan pada hari jatuh hukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemungut hutang yang sebelum ini tular mengurung, mengikat dan meliwat remaja lelaki bertindak menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, Mohamad Fadwan Abd. Muaain, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 14 tahun dibacakan semula di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Sebelum ini, prosiding kes berkenaan dijadualkan untuk sebutan fakta kes dan jatuh hukum susulan pengakuan bersalah duda anak satu tersebut, pada 22 Mei lalu.

Bagaimanapun, pertukaran pengakuan tersebut menyebabkan kes itu kembali kepada peringkat sebutan semula.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah unit pangsapuri di Seksyen 32 di sini, antara pukul 8.05 hingga 11.50 pagi pada 11 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya K. S. Rinisha Priyya memohon tarikh baharu bagi serahan dokumen dan pelantikan peguam.

Pada prosiding itu, Mohamad Fadwan tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Julai depan bagi tujuan tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mencuri perhatian apabila merayu supaya dikenakan hukuman paling berat terhadap dirinya sendiri di mahkamah.

Mohamad Fadwan dijatuhi hukuman penjara keseluruhan enam tahun dan tiga sebatan selepas kesemua hukuman diperintahkan bermula dari tarikh tangkap pada 16 Mei lalu.

Ini setelah dia mengaku bersalah atas kesalahan dibawah Seksyen 394, 342, 323, 170 dan 379A Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki itu yang menjadi buruan selama lima hari selepas melakukan jenayah seksual itu berjaya ditangkap pada petang, 16 Mei lalu di bilik sewanya di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri ke ibu negara dengan menaiki pengangkutan awam sebelum menyewa bilik baharu selepas melakukan jenayah tersebut di daerah ini.

Polis kemudiannya mengesahkan bahawa suspek merupakan seorang bekas banduan dengan semakan pernah disabitkan hukuman penjara selama 17 tahun atas jenayah rogol, merompak dan mengurung seorang wanita pada 2007.

Hasil semakan juga mendapati suspek baharu dibebaskan daripada penjara pada April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN