fbpx

Tiga pusat hiburan diserbu, lapan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjalankan pemeriksaan ke atas pusat hiburan awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Polis memberkas tiga penjaga premis pusat hiburan serta lima pekerja warga asing kerana disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah menerusi tiga serbuan di sekitar Bandar Utama serta Damansara Utama, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan pertama dijalankan di Damansara Utama pada pukul 9.45 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan, kita telah menahan seorang pengurus premis pusat hiburan dibawah Seksyen 76(1) Akta Eksais 1976 kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, serbuan kedua pula dijalankan di sebuah premis hiburan di sekitar Bandar Utama pada pukul 1.45 pagi kerana beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan kita menahan lima pekerja warga asing yang bekerja tanpa permit yang sah serta seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pengurus premis itu kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan.

“Susulan itu, polis turut merampas 24 botol minuman keras pelbagai jenama dan kes disiasat dibawah Seksyen 39(b) dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 76(1) Akta Eksais 1976,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI