fbpx

Lagi laporan polis dibuat berhubung kematian Pengasas Dnars

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Faziani Rohban Ahmad

KOTA BHARU – Polis menerima satu lagi laporan berhubung kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand tiga tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan itu dibuat oleh ahli keluarga arwah pada Khamis lalu selepas curiga mengenai urusan pertukaran nama salah sebuah syarikat milik Faziani.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan lanjut selepas memperoleh dokumen tertentu untuk mengenal pasti sama ada tandatangan yang diturunkan itu sah atau sebaliknya.

“Kita akan menjalankan siasatan secara serentak dengan laporan yang dibuat ahli keluarga arwah sebelum ini.

“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan akan menjalankan siasatan terhadap kedua-dua laporan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan yang dibuat oleh ahli keluarga arwah pada minggu lalu. Siasatan berhubung kejadian dan kematian arwah dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand.

“Segala maklumat yang diperoleh akan dihantar ke Wisma Putra dan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan pihak berkuasa di Thailand,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI