fbpx

Video takutkan kanak-kanak dengan kucing mampu undang trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kanak-kanak itu yang berasa takut apabila diberikan kucing kepadanya.

PETALING JAYA – Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berasa takut apabila diberikan kucing kepadanya merupakan satu tindakan tidak wajar berikutan berupaya mengundang trauma kepada kehidupannya.

Pegawai Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dzul Hafiz Zoriff berkata, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana memberikan impak jangka masa panjang kepada kanak-kanak itu sekali gus menyebabkan mangsa mengalami trauma berpanjangan.

“Jika kita lihat video itu, mungkin ada orang akan berasa comel apabila kanak-kanak itu berasa takut dengan kucing, siap boleh rekod video lagi. Tetapi, perkara itu salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana berupaya mengundang trauma psikologi.

“Setiap manusia mempunyai perwatakan berbeza secara semulajadi, jika kita memberi tekanan kepada karakter itu, ia akan menyebabkan trauma selain mangsa akan berasa kurang yakin dengan keadaan sekeliling,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, video Tiktok dimuat naik pemilik akaun bernama Acong44 tular di laman media sosial dengan menyaksikan seorang kanak-kanak berasa takut apabila diberikan seekor kucing kepadanya.

Meskipun meraih hampir tiga juta tontonan, tetapi rata-rata netizen memberikan pandangan berbeza dengan rata-rata daripadanya menyifatkan ia sebagai tindakan tidak wajar.

“Tidak kelakar pun, fobia budak itu nanti. Kita ada anak sepupu takut kucing, sampai sekarang tidak boleh tengok kucing walaupun kucing itu tidak buat apa-apa,” kata Nor Azian Muhammad.

“Sikit pun tidak kelakar, orang takut kucing sahaja faham perasaan adik itu,” jelas Salbiah Rahman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI