fbpx

Ranking Malaysia melonjak ke-147 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik ihsan Facebook FIFA

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya sah menjadi antara negara yang mengutip mata tertinggi selepas kedudukan ranking negara kini melonjak ke tangga ke-147 dalam senarai terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi.

Berdasarkan senarai tersebut, Malaysia yang dikendalikan oleh Kim Pan-gon melonjak tujuh anak tangga berbanding kedudukan ke-154 yang dicatat pada kemas kini terakhir, Mac lepas.

Selain Malaysia, tiga lagi negara yang meraih kedudukan keputusan positif adalah Kazakhstan di ranking ke-114 (11 anak tangga), Cuba (167/10 anak tangga) dan Greece (48/tujuh anak tangga).

Sebagai rekod, pasukan kebangsaan yang layak ke Piala Asia 2023 secara merit mengumpul 1057.59 mata keseluruhan dengan penambahan 22.53 mata berbanding sebelum ini.

Lebih menarik, skuad negara berada di kelompok negara ke-26 di benua Asia dan keempat terbaik di rantau Asia Tenggara selepas Vietnam di ranking ke-97, Thailand (111) dan Filipina (134).

Sementara itu, juara Piala Dunia lima kali, Brazil kekal sebagai pasukan No. 1 disusuli Belgium di tempat kedua dan Argentina tangga ketiga. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI