fbpx

Manchester United perlu ramai pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE JONG (kanan) menjadi pemain yang hangat diburu oleh United ketika ini, namun proses rundingan belum menemui kata putus. – AFP

MANCHESTER – Bekas bintang Manchester United, Teddy She­ringham percaya kelab itu tiada pilihan lain kecuali perlu mendapatkan beberapa pemain baharu pada sesi perpindahan musim panas kali ini.

Legenda The Red Devils itu beranggapan, bagi merapatkan jurang kualiti dengan Manchester City dan Liverpool, United harus mendapatkan sekurang-kurangnya lima atau enam pemain, namun percaya perjalanan pasukan itu untuk menjadi lebih kompetitif masih lagi jauh.

“United memerlukan pemain baharu terutamanya di bahagian tengah, penyerang dan juga posisi sayap. Mereka perlukan lima atau enam pemain baharu yang perlu dibawa masuk.

“Namun, pemain-pemain itu haruslah ada karakter yang betul dan menghargai tanggungjawabnya untuk mengembalikan United di tempat yang sepatutnya. Inilah cabaran yang harus dihadapi kelab buat ketika ini.

“Bagaimanapun, dari sudut pandang pemain, jika diberi pilihan sama ada City atau pun United, sudah pasti mereka akan memilih City,” katanya.

Musim lalu, United sekadar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat keenam dengan hanya 58 mata, jumlah yang dianggap terlalu rendah jika dinilai kepada sejarah kelab itu.

Ketika ini, The Red Devils sedang giat memburu Frenkie De Jong ketika pemain itu juga pernah bekerjasama dengan Erik Ten Hag semasa di Ajax, namun majikannya, Barcelona tidak bercadang untuk melepaskan bintang Belanda berkenaan.

Selepas kehilangan pemain seperti Edinson Cavani, Juan Mata, Jesse Lingard, Nemanja Matic dan Paul Pogba, setakat ini United belum lagi membuat sebarang pembelian, berbeza dengan City dan Liverpool yang sudah pun mengesahkan kehadiran tonggak baharu.

“Sebagai pemain, kamu pasti mahu bermain dengan pemain terbaik. Sudah pasti pemain yang bagus ingin beraksi di sam­ping Kevin De Bruyne atau pun pemain hebat lain yang dimiliki City,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI