fbpx

Indonesia diramal catat 20,000 kes Covid-19 sehari Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia menjangka kes harian Covid-19 di republik berkenaan akan mencecah 20,000 kes sehari menjelang minggu ketiga Julai ini , lapor laman berita Kompas semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan,  Budi Gunadi Sadikin yang memberitahu bahawa lonjakan jangkitan itu berpunca daripada penularan subvarian Omicron,  BA.4 dan BA.5.

Budi berkata,  gelombang varian baharu virus itu biasanya akan memuncak kira-kira sebulan selepas kes pertama dikesan.

“Jadi sepatutnya dalam minggu kedua atau minggu ketiga Julai ini, kita akan menyaksikan kemuncak kes Covid-19 akibat jangkitan BA.4 dan BA.5,” kata Budi.

Budi menganggarkan bahawa kemuncak penularan BA.4 dan BA.5 adalah kira-kira satu pertiga daripada jumlah kes ketika kemuncak varian Delta dan Omicron.

Di samping itu, pesakit BA.4 dan BA.5 yang dimasukkan ke hospital diramalkan hanya menyumbang satu pertiga berbanding kes Delta dan Omicron.

Kes kematian akibat subvarian BA.4 dan BA.5 pula diramalkan  satu persepuluh daripada angka kematian disebabkan oleh dua varian koronavirus tersebut sebelum ini.

Beliau juga meramalkan kes Covid-19 akan turun semula selepas minggu keempat Julai. 

“Kebiasaannya, selepas sesuatu varian dikesan, sebulan selepas letusan  jangkitan, kes akan kembali reda. Maka saya jangka, pada minggu keempat Julai, bilangan kes akan kembali turun,” jelas Budi.

Setakat ini, subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 disahkan sudah mencatat 20 kes setakat semalam.

Jurucakap kementerian, Mohammad Syahril berkata 20 kes tersebut dikesan di lima wilayah iaitu Jakarta, Jawa Barat, Banten, Jawa Tengah dan Jawa Timur. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI