fbpx

China bantah pakatan menyamai NATO di Asia Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shangfu menyampaikan ucapan semasa sidang kemuncak Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura, semalam. - AFP

SINGAPURA – Menteri Pertahanan China, Li Shangfu memberi amaran agar pakatan tentera menyerupai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak diwujudkan di Asia Pasifik kerana berisiko menjerumuskan rantau itu ke kancah konflik.

Komen itu dibuat sehari selepas kapal tentera Amerika Syarikat (AS) dan China belayar berdekatan antara satu sama lain di Selat Taiwan dalam kejadian yang menimbulkan kemarahan kedua-dua pihak.

“Percubaan untuk mewujudkan (sekutu) seperti NATO di Asia Pasifik adalah satu tindakan ‘merampas’ negara-negara serantau dan membesar-besarkan konflik serta konfrontasi,” kata Shangfu pada persidangan keselamatan di Singapura yang turut dihadiri Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

Beliau tidak menyebut mana-mana negara tetapi komennya itu mengulangi kritikan Beijing yang sudah lama dibuat terhadap AS yang berusaha meningkatkan pakatan di rantau berkenaan.

AS adalah ahli perikatan AUKUS yang terdiri daripada Australia dan Britain. Washington juga merupakan ahli Dialog Keselamatan Segiempat (QUAD) yang merangkumi Australia, India dan Jepun.

“Asia Pasifik hari ini memerlukan kerjasama terbuka dan inklusif, bukan berpakat dengan kelompok kecil.

“Kita tidak boleh melupakan bencana teruk yang dibawa oleh dua perang dunia kepada rakyat di semua negara dan kita tidak boleh membenarkan sejarah tragis itu berulang,” kata Shangfu pada sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI