fbpx

15.3 juta rakyat Syria perlu bantuan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak memegang beg plastik ketika berdiri di hadapan tapak pembuangan sampah di sebuah kem pelarian di bandar Raqa pada 19 Disember 2022. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Seramai 15.3 juta orang iaitu hampir 70 peratus daripada penduduk Syria memerlukan bantuan kemanusiaan akibat perang yang berlanjutan dalam tempoh 12 tahun lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin seperti dilaporkan akhbar Arab News.

Rayuan PBB untuk dana bantuan sebanyak AS$5.4 bilion (RM70.61 bilion) bagi menyokong lebih 14 juta orang di Syria pula hanya dibiayai pada kadar kurang 10 peratus.

Program Makanan Sedunia PBB memberi amaran bahawa tanpa wang tambahan, seramai 2.5 juta orang berisiko tidak mempunyai makanan atau bantuan tunai mulai Julai ini.

Situasi kemanusiaan yang teruk serta ditambah lagi dengan kejadian gempa bumi pada Februari lalu sehingga memusnahkan bahagian barat laut negara berkenaan dinyatakan kepada Majlis Keselamatan PBB oleh Pengarah Operasi Pejabat badan dunia itu, Edem Wosornu.

“Penduduk Syria semakin banyak bergantung kepada bantuan kemanusiaan kerana perkhidmatan asas dan infrastruktur kritikal berada di ambang kehancuran,” katanya.

Ujar Wosornu, ketika ini penduduk Syria memerlukan sokongan masyarakat antarabangsa berbanding 12 tahun lalu.

Tambahnya, keperluan untuk mengekalkan penyampaian bantuan kemanusiaan di bahagian barat laut adalah lebih kritikal selepas gempa bumi berlaku. 

Beliau turut menggesa lebih banyak ikrar dilakukan daripada pihak-pihak yang bermurah hati dan kelulusan dana segera pada persidangan anjuran Kesatuan Eropah ndi Brussels, Belgium pada 14 hingga 15 Jun ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI