fbpx
Tangkap layar klip video kejadian tersebut.

‘Sempat buka lampu, kipas untuk jemaah lain sebelum meninggal dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kematian yang dicemburui, semoga balasan syurga buat pakcik”.

Demikian antara komen daripada pengguna apabila menonton sebuah klip video yang memaparkan kejadian di sebuah masjid di Kedah.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads oleh seorang pengguna dikenali sebagai Izxxh, seorang jemaah sebuah masjid meninggal dunia ketika bersiap dan menunggu untuk menunaikan solat.

Sebelum menunaikan solat, jemaah lelaki tersebut sempat membuka segala lampu dan kipas untuk jemaah lain, mengaji dan akhirnya meninggal dunia ketika sujud.

“Perginya arwah setelah dibuka segala lampu dan kipas untuk jemaah lain berjemaah, ambil wudhu, baca quran dan dia pergi dalam keadaan bersujud kepada Maha pencipta.

“Sesungguhnya pulangnya dia dengan cara yang baik. InsyaAllah Aamiin. Al-fatihah (dibaca),”tulis pengguna tersebut.

Sementara itu, menerusi ruangan komen seorang pengguna, Shah Iema mendakwa, lelaki tersebut adalah sepupunya.

“Sepupu saya ni, Abang Lie nama dia…baik orangnya, saya baru pindah ke Sungai Petani. Raya tahun lepas sempat datang jumpa rumah arwah, dia terkejut saya datang rumah.

“Maklumlah kami lama dah bertahun-tahun tak jumpa sebab sebelum ni saya tinggal di negeri Pantai Timur. Punya seronok kami bersembang, arwah ajak saya datang lagi rumah dia.

“Nanti dia nak bawa kami sekeluarga ke rumah saudara mara di Kedah, tapi kami dapat berita masa raya puasa baru ni arwah dah meninggal, Allah..sedihnya,”komen penguna itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN