fbpx

Covid:19: Jangka kes menurun bulan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG- Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes Covid-19 akan berkurang pada bulan hadapan, berdasarkan data yang diperoleh kementerian itu ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kenaikan kes secara minggu ini tidak begitu tinggi, namun tidak mendedahkan jumlah kenaikan tersebut.

“Kita mengira kadar keseriusan kes Covid-19 mengambil kira empat faktor, iaitu jumlah kes, jumlah kematian, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan kemampuan fasiliti awam menampung keseluruhan pesakit Covid-19.

“Setakat ini, semua masih terkawal justeru orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi ketika ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 di Wyndham Hotel, di sini hari ini.

Kes Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes

Menurut Dzulkefly, KKM akan terus memantau sistem amaran awal (HAS) dan bukti saintifik lain bagi mengambil sebarang langkah baharu bagi mengurangkan jumlah kes.

“Kita bukan lagi dalam ‘Covid War’, sebaliknya berada daripada fasa pandemik ke endemik. Kita mempunyai sistem yang sistematik yang bukan sekadar melihat pada angka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI