Dzulkefly bersama peserta program itu di Kuala Selangor. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO

90 kes penyakit cuaca panas direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Sebanyak 90 kes penyakit berkaitan cuaca panas dengan majoritinya kelesuan haba direkodkan di seluruh negara setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, statitistik itu diperoleh pihaknya sepanjang tempoh Minggu Epidemiologi (ME) ke-33.

Menurutnya, kelesuan haba dilaporkan tertinggi iaitu 71 kes diikuti 14 kes strok haba, manakala lima lagi berkaitan kekejangan haba.

“Berdasarkan statistik ME ke-30 hingga 32, jumlah kes yang dilaporkan masing-masing antara dua hingga tiga.

“Namun, statistik ME terbaharu sehingga hari ini merekodkan sembilan kes terutama berkaitan strok haba,” katanya selepas merasmikan Wellness Hub Kuala Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemerhatian mendapati lapan daripada kes strok haba yang dilaporkan melibatkan temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor.

Jelasnya, daripada jumlah itu, hanya satu kes atau individu mendapatkan rawatan lanjut di wad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN