fbpx

Dahaga ilmu, sertai seminar lebih 5 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDAH tidak kekok mempromosikan produk di kaki lima dalam keadaan hujan untuk membina perniagaan.

SINGAPURA – Seorang suri rumah yang memulakan perniagaan dari rumah sebagai stokis produk Nurraysa, akhirnya membuka syarikat sendiri apabila perniagaan semakin berkembang.

“Dari tahun 2015 hingga 2017, hasil jualan naik daripada Dolar Singapura (SGD) 10,000 (RM31,648) kepada SGD158,000 (RM500,000).

“Perkembangan positif itu berlaku selepas saya mempraktikkan ilmu diperoleh di program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM) anjuran RichWorks,” kata Hamidah Hamid kepada pemberita, baru-baru ini.

Jelas Hamidah, beliau menghadiri kelas tersebut lebih daripada lima kali.

“Ilmu perniagaan sentiasa berubah dan perlu diperbaharui,” katanya yang mula mengikuti tips Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sewaktu menonton video dikongsi sahabat melalui Facebook.

Menyedari kepentingan ilmu, Hamidah mengambil keputusan menyertai program permentoran Titanium.

“Dalam IMKK dan MMM ilmu diberikan secara menyeluruh, kita sendiri kena pick up. Dalam Titanium Circle pula, ilmu diberi secara spesifik mengikut model perniagaan,” jelas ibu enam anak ini.

Pada 2021, syarikat Hamidah, Camelita Enterprise mencatat jualan SGD1.2 juta (RM3.8 juta) dan mensasarkan lonjakan kepada SGD8 juta (RM25.32 juta) tahun ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan produk yang ditawarkan, anda boleh ke laman sesawang hamidahhamid.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI