fbpx

Tiada harimau putih di Sungai Choh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dikatakan seekor harimau putih di kawasan perkelahan Sungai Choh, Rawang

SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan tiada kesan atau tanda kehadiran harimau putih di kawasan Sungai Batu Licin, Sungai Choh, Rawang.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menjalankan siasatan di lokasi kawasan perkelahan itu, kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

“Siasatan lanjut mendapati tiada kesan kehadiran haiwan putih seperti yang didakwa sebelum ini.

“Selain itu, penduduk setempat tidak mengesahkan dakwaan kewujudan hidupan liar berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang wanita terakam kelibat seekor haiwan dipercayai harimau ketika mandi di sungai tersebut, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI