fbpx

Lelaki mengamuk pandu kereta rempuh orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta itu merempuh sebuah kedai minyak wangi yang menyebabkan sekumpulan pelajar cedera manakala guru mereka meninggal dunia. – ABC News

BERLIN, JERMAN – Seorang guru terbunuh, manakala 14 pelajar cedera selepas sebuah kereta dipandu seorang lelaki merempuh  kedai minyak wangi di Berlin, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Sebuah rakaman menunjukkan suspek yang berusia 29 tahun diberkas, manakala kereta Renault warna kelabu miliknya tersadai selepas merempuh tingkap hadapan sebuah kedai minyak wangi dalam insiden berkenaan.

Polis mengenal pasti suspek sebagai lelaki berketurunan Jerman-Armenia selain menemui sepanduk berkaitan dengan Turki di dalam kenderaannya.

Seorang penyiasat memberitahu akhbar Bild bahawa kejadian itu bukan satu kemalangan, sebaliknya serangan oleh seorang pembunuh.

“Terdapat sepanduk di dalam kenderaan suspek, namun tiada sebarang surat pengakuan ditemui,” kata Menteri Dalam Negeri Berlin, Iris Spranger.

Suspek ditangkap oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum ditahan oleh pihak berkuasa selepas keretanya melanggar sejumlah mangsa.

Rakaman selepas kejadian memaparkan mangsa-mangsa yang cedera bergelimpangan di kaki lima jalan di samping jeritan orang ramai turut kedengaran.

Menurut perkhidmatan bomba,  enam mangsa berada dalam keadaan kritikal. Polis kemudian mengesahkan bahawa 14 pelajar ialah antara yang cedera.

Mangsa yang maut merupakan seorang guru yang menemani sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah sama di pekan Bad Arolsen, dalam negeri Hesse, kata stesen penyiaran tempatan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI